KUALA LUMPUR GLOBAL CHAT 6
Rabu, 18 Ogos 2010
pose daaaaa..2010
Selasa, 1 September 2009
PUASA MEWUJUDKAN KEBAHAGIAAN DI DUNIA dan DI AKHIRAT

ibadah puasa dan ibadah lain dalam Islam adalah saranan bagi seseorang mukmin menghadap TUHAN-nya dalam mencari kemaafan, keampunan, kasih sayang dan reda-NYA. maka, sangat lah wajar apabila banyak hadis nabi s.a.w yang memotivasikan diri agar ibadah puasa ini dicintai dan dilaksanakan dengan baik. dalam beberapa hadis Rasulullah s.a.w telah dijelaskan kelebihan org yg berpuasa, antaranya sbg berikut:
maksud hadis:
" demi zat yang meguasai jiwaku! nescaya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi ALLAH S.W.T daripada minyak misik (kasturi)! -hadis al-Qudsi
"orang yang berpuasa memiliki dua kegembiraan. kegembiraan saat dia berbuka dan juga kegembiraan saat dia bertemu TUHAN-nya" -hadis al-Qudsi
Rasulullah s.a.w bersabda, saat baginda menganjurkan untuk meninggalkan permusuhan dan sikap amarah secara ikhlas ketika berpuasa: " ketika berpuasa, salah seorang daripada kamu telah datang, maka janganlah dia berkata kotor dan berbuat fasik (dosa). jika seseorang hendak membunuh atau memakinya, hendaklah dia berkata:
"sesungguhnya aku sedang berpuasa " -hadis al-Qudsi
Rasulullah juga melarang mengucap sumpah palsu dan mengamalkannya. sebagaimana sabda baginda:
"sesiapa yang tidak meninggalkan sumpah palsu dan mengamalkannya, maka ALLAH tidak perlu kepadaperbuatannya yang meninggalkan makanan dan minuman (puasa)." -hadis al-Qudsi
Sabtu, 29 Ogos 2009
AMALAN 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN

Kata `Aisyah "Nabi saw apabila masuk 10 malam terakhir akan mengikat kainnya, menghidupkan malamnya dan mengejutkan keluarganya daripada tidur" Malam yang paling baik sepanjang tahun ialah 10 malam terakhir Ramadhan. Ini kerana diharapkan berlaku di dalamnya malam al-Qadar yang lebih baik daripada seribu bulan.
Masuknya 10 terakhir Ramadhan ialah dengan tenggelamnya matahari hari ke 20 Ramadhan dan berakhir dengan tenggelamnya matahari sebelum bermula hari raya.
Tiga perlakuan nabi pada 10 malam terakhir Ramadhan ialah mengikat kain, menghidupkan malam dan menggerakan isterinya daripada tidur. Menghidupkan malam bererti baginda menghidupkan 10 malam terakhir sepenuhnya dengan ibadah.
Sabit dalam hadis yang sahih bahawa baginda tidak menghidupkan malam sepenuhnya hingga ke subuh pada malam-malam biasa. Justeru hadis ini hanya merujuk kepada 10 malam akhir.
Menggerakkan isteri daripada tidur menunjukkan bahawa baginda tidak mewajibkan para isteri dan keluarga untuk berjaga sepanjang malam. Itu adalah kemampuan baginda. Tapi mereka dibiarkan tidur terlebih dahulu, kemudian dikejutkan daripada tidur untuk sama-sama menghidupkan malam.
Menurut Nawawi dalam Syarh Muslim, para ulama berbeza pendapat tentang maksud mengikat kain. Satu pendapat: ia adalah tanda kesungguhan dalam beribadah melebihi kebiasaan nabi saw pada malam-malam lainnya. Kata sebahagian ulama: ia kinayah kepada tidak berlakunya jima` dengan isteri kerana kesibukan beribadah diwaktu malam.
Jumaat, 28 Ogos 2009
BERPUASA KAWAL GULA DALAM DARAH
TAHUKAH ANDA kita hanya memerlukan kira-kira 50 miligram (mg) atau bersamaan sembilan atau 10 sudu gula sehari. Tetapi, kebanyakan kita mengambil lebih daripada jumlah itu.
Oleh itu, Ramadan adalah pentas terbaik untuk mengawal pengambilan gula. Bukan menghalang anda berbuka puasa dengan juadah kegemaran yang mungkin hanya ditemui pada Ramadan, tetapi sekadar membantu memberi peringatan bahawa mengambil gula berlebihan memudaratkan.
Semua orang tahu pengambilan gula tinggi tanpa aktiviti fizikal boleh meningkatkan berat badan dan masalah kegemukan, tetapi tahukah kita paras gula terkini dalam darah?
Bagi seseorang yang sihat, paras gula dalam darah berada sekitar 4.5-6.1mmol/ L dan tidak boleh melebihi 7mmol/L iaitu zon bahaya yang berpotensi mengundang kencing manis.
Oleh itu, sepanjang Ramadan ini, elakkanlah makanan banyak mengandungi gula ringkas seperti kuih, pasta, gula-gula dan minuman manis dalam kuantiti yang banyak ketika berbuka puasa...
Selasa, 25 Ogos 2009
AHLAN WASAHLAN YA-RAMADHAN....
sekejap je kan... rase mcm baru je lagi join first gathering kl6ix kat congkak last ya.... dah setahun mase berlalu...
dan sekarang bulan agung tiba kembali... rase nye belum terlambat untuk kami mengucapkan selamat menyambut kedatangan Ramadhan tahun ni.... semoga ramadhan kali ni memberi seribu makna kepada kita semua... jom kite same2 tambah point amalan...
yang penting! PUASA, TERAWIKH n ZAKAT.... jgn lupa tau...
Ahad, 23 Ogos 2009
RAMADHAN
Bulan Ramadhan bulan berganda. Ape je yang korang buat (bende baik) akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda even pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah swt. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.
Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?
Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."
Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"
Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.
Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."
renung-renungkan dan selamat beramal.... :)) Wasalam

Sabtu, 22 Ogos 2009
Ramadhan Al-Mubarakh
1. to all JULY n AUGUST birds.... happy belated birthday....
(sorry xsempat nak edit pasal bday korang)
2. Semoga Ramadhan kali ni memberi manfaat kepada kite semua... hope sume dapat berat kan pulak bahu kanan korg bulan ni...
3. kalaw korang ade idea nak bukak pose beramai-ramai juz kumen je kat cni... atau msg@pm@call m0on_light_flower k... semua cadangan akan dipertimbangkan...
ape pun sume akan di update nnt.... c ya..... (bulan ramadhan ni bahase sume kene jage.. ehehe)