Jumaat, 28 Ogos 2009

BERPUASA KAWAL GULA DALAM DARAH

TAHUKAH ANDA kita hanya memerlukan kira-kira 50 miligram (mg) atau bersamaan sembilan atau 10 sudu gula sehari. Tetapi, kebanyakan kita mengambil lebih daripada jumlah itu.


Oleh itu, Ramadan adalah pentas terbaik untuk mengawal pengambilan gula. Bukan menghalang anda berbuka puasa dengan juadah kegemaran yang mungkin hanya ditemui pada Ramadan, tetapi sekadar membantu memberi peringatan bahawa mengambil gula berlebihan memudaratkan.

Semua orang tahu pengambilan gula tinggi tanpa aktiviti fizikal boleh meningkatkan berat badan dan masalah kegemukan, tetapi tahukah kita paras gula terkini dalam darah?


Bagi seseorang yang sihat, paras gula dalam darah berada sekitar 4.5-6.1mmol/ L dan tidak boleh melebihi 7mmol/L iaitu zon bahaya yang berpotensi mengundang kencing manis.


Oleh itu, sepanjang Ramadan ini, elakkanlah makanan banyak mengandungi gula ringkas seperti kuih, pasta, gula-gula dan minuman manis dalam kuantiti yang banyak ketika berbuka puasa...


renung-renungkan dan selamat beramal....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails


||pUtrA puTri KLGC6||

baby rizqin(24 Apr)
baby nia(20 Mei)
baby azwa(10 Nov)