Ahad, 23 Ogos 2009

RAMADHAN

Assalamualaikum..... buat semua pengunjung blog kL6ix bulan ni kami akan sedia kan hidangan Ramadhan yang menarik khas untuk korang semua.. upppssssss jangan silap bukan hidangan makanan.... tp hidangan untuk tambah point korg dalam bulan ni..... :)) so, ape yang kami sedia kan untuk first session ni?? ha korang jangan nak mengelat k! mementang la bende ilmu cani sume x nak bace kan! tau da la.... jom smbung baca!.....

Bulan Ramadhan bulan berganda. Ape je yang korang buat (bende baik) akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda even pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah swt. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?

Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.

Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."



renung-renungkan dan selamat beramal.... :)) Wasalam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails


||pUtrA puTri KLGC6||

baby rizqin(24 Apr)
baby nia(20 Mei)
baby azwa(10 Nov)